RPH Prasekolah


Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah

Aktiviti 1: MARI BERCERITA - AKTIVITI HARIANKU

Cadangan masa: 40 minit

Tunjang Utama : Sains dan Teknologi

Standard pembelajaran       : (ST 10.1.3) Menyatakan waktu untuk menjalankan
utama                                   sesuatu aktiviti. (Contoh : 7 pagi, 12 tengah hari )

Standard pembelajaran       : (BM 2.4.1) Menceritakan apa yang didengar semula
yang disepadukan                 menggunakan ayat mudah
                                            (KTI 2.1.10) Menyanyi dengan sebutan yang jelas

Objektif pelajaran               : Pada akhir pengajaran murid dapat menyatakan aktiviti yang
                                            biasa dilakukan pada waktu pagi,tengahari,petang dan malam

Konsep utama                    : Kita mengikut rutin yang tertentu dalam sehari

Kosa kata                          : Rutin,pagi.tengahari,petang,malam,makan,sukan,tidur,bangun

Alatan dan bahan               : Kad gambar aktiviti dan lembaran kerja


LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru menayangkan video Upin dan Ipin bertajuk "Gosok Jangan Tak Gosok" sebagai set induksi

                                   

  
2. Guru meminta murid menceritakan tentang video yang ditayangkan sebentar tadi

3. Guru menunjukkan empat gambar aktiviti harian yang biasa dilakukan
    (contoh: gosok gigi,pergi ke sekolah,makan tengahari,main di padang,
    bersedia untuk tidur) dan bersoal jawab dengan murid tentang kandungan gambar tersebut.

4. Guru meminta murid menyusun gambar 1-4 mengikut urutan yang betul
    pagi ,tengah hari,petang dan malam

5. Guru menanya murid tentang waktu mereka menjalankan aktiviti dalam gambar 1-4

6. Guru membuat rumusan pengajaran dan pembelajaran tentang rutin harian
    yang telah dilalui oleh murid sepanjang hari dari pagi hingga malam.

7. Murid menyanyi lagu " Bangun Pagi " dengan melakukan pergerakan kreatif

"Bangun Pagi"
Bangun pagi gosok gigi
Cuci muka terus mandi
Pakai baju minum susu
Pergi sekolah senang hati




Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah

Aktiviti 2: BEKAS ALAT TULISKU

Cadangan Masa: 60 Minit
Tunjang Utama  : Fizikal da Estetika-Kreativiti dan Estetika
Standard pembelajaran            : (KTI 1.2.12) Menggunakan bahan kutipan sesuai untuk
utama                                         penghasilan sebuah karya kreatif
Standard pembelajaran            :  (KTI 1.1.4) Memanipulasi bahan secara kreatif untuk
yangdisepadukan                        penghasilan karya dengan bimbingan.
Objektif pelajaran                     :  Pada akhir pengajaran murid dapat:
                                                   a) Menamakan barang-barang yang boleh dikitar semula
                                                   b) Membuat bekas alat tulis daripada kotak terpakai
Kemahiran utama                    :  Membuat bekas alat tulis daripada bahan terbuang
Kosa kata                                 :  Kotak,penyedut minuman(straw),gunting,gam
Alatan dan bahan                     :   Kotak terpakai, penyedut minuman,gam,gunting

LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru meminta murid menamakan barang-barang yang boleh dikitar semula.
    Contoh :  kotak,kertas,suratkhabar,botol plastik,kaca dan lain-lain

2. Guru menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan bekas
    pensel pada hari ini.

Bahan-bahan yang diperlukan

3. Murid membuat aktiviti kitar semula kotak untuk dijadikan bekas alat tulis
    dengan bimbingan guru.



4. Murid mempamerkan hasil karya mereka


Bekas penselku siap.....






RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tema : Warna Subtema : Kenali Warna
Tarikh : 16 Januari 2012 Hari : Isnin
Masa
Komponen
Hasil
Pembelajaran
Aktiviti
Bahan
10 minit
( 8.00 – 8.10)
PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH
PERBUALAN PAGI/
CIRCLE TIME
20 minit
8.10 – 8.30
B.Malaysia
1.1.5
2.2.2
3.1.1
Perbualan Pagi
1.Berbual mengenai warna-warna yang murid-murid tahu.
2.Murid menyebut nama-nama warna.
3.Bersoal jawab.
4.Memadankan warna yang disebut guru dengan objek yang terdapat di dalam kelas
seperti meja, kerusi, baju, dll.
5.Menyanyi beramai-ramai lagu warna.
Lagu Warna
saya lihat dengan mata,
macam-macam warna,
merah, kuning, hijau, biru, jingga dan ungu.
P. FIZIKAL/ P.LUAR
20 minit
8.30 – 8.50
P. Fizikal
(Aktiviti Dalam Kelas)
1.1.1
1.2.1
1.2.2
1. Murid menguntai manik dan butang mengikut warna. Kemudian, murid-murid menyebut
warna yang telah menjadi rantaian manik atau butang.
Manik, butang, tali
AKTIVITI KUMPULAN
60 minit
8.50 – 9.50
B.Malaysia
Sosio emosi
Kreativiti & Estetika
2.2.2
1.2.1
2.1.3
1.Guru menunjukkan warna pada BBM ‘bunga’ yang tergantung di kelas.
2.Murid menyebut warna-warna tersebut.
3.Murid mewarna gambar belon-belon dengan warna yang pelbagai seperti yang telah
mereka pelajari.
4.Mempamer dan menilai hasil kerja sendiri dan rakan.
Lembaran kerja
Pensel warna
BBM warna(bunga)
REHAT (30 minit)
9.50 – 10.20
KUDAPAN & MEMBERUS GIGI

AKTIVITI KELAS
30 minit
10.20 – 10.50
English Language
4.1.2
Cups of Colour:
1. Fill all of the cups with water.
2. Place, red, yellow, blue, food coloring in each cup of water.
3. Children use eye droppers to transfer colored water to other
cups, thus creating different colors.
Colouring food
Cup
Water.
AKTIVITI KELAS
30 minit
10.50 – 11.20
Kognitif
4.1.1
1.Mengenal angka 1.
2. Membilang objek yang menunjukkan 1.
3. Menulis angka 1 di udara.
4. Latihan menulis angka 1- mengikut garisan putus-putus.
- menulis nombor dan mewarna
bilangan objek.
Benda maujud
Kad angka
Buku aktiviti –
( write numbers 1-20)
10 minit
11.20 – 11.30
Aktiviti
Penamat
Berbaris, Doa, Ucap Selamat Pulang, Peneguhan, Pesanan, Nasihat & Bersalam.
Refleksi
Murid :
Guru :
RANCANGAN HARIAN
Tema : Warna Subtema : Warna Kegemaran
Tarikh : 17 Januari 2012 Hari : Selasa
Masa
Komponen
Hasil
Pembelajaran
Aktiviti
Bahan
10 minit
8.00 – 8.10
Rutin
Berbaris, Ucap Selamat, Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri, Lagu Sekolah, Kehadiran, Doa-doa Harian, Cuaca, Kalendar, dan Peraturan.
PERBUALAN PAGI/
CIRCLE TIME
20 minit
8.10 – 8.30
B.Malaysia
1.1.5( a,d )
2.2.2
3.1.1
4.1.3
1.Murid diperkenalkan dengan huruf a . a: api
2. Murid membunyikan huruf a dan mengeja perkataan ‘ api ’.
3. Latihan menulis huruf a dan mewarnai gambar.
Kad gambar
Lembaran kerja
P. FIZIKAL/ P.LUAR
20 minit
8.30 – 8.50
P. Fizikal
(Aktiviti Dalam Kelas)
1.2.1
1.2.2
1.Membuat pergerakan tangan mengikut arah dengan mengikut garisan titik-titik huruf a.
2.Guru membimbing murid agar dapat mengawal pergerakan mata tangan dengan betul.
Lembaran kerja
60 minit
8.50 – 9.50
Pend. Islam
Diambil alih oleh Ustazah Nur Aisyatun 
REHAT (30 minit)
9.50 – 10.20
KUDAPAN & MEMBERUS GIGI
AKTIVITI KELAS
30 minit
10.20 – 10.50
Kognitif
4.1.1
1. Mengenal angka 2.
2. Membilang objek yang menunjukkan 2.
3. Menulis angka 2 di udara.
4. Latihan menulis angka 2- mengikut garisan putus-putus.
- menulis nombor dan mewarna
bilangan objek.
Benda maujud
Kad angka
Buku aktiviti –
( write numbers 1-20)
AKTIVITI KELAS
30 minit
10.50-11.20
English Language
3.1.2
1. Encourage pupils yellow colour.
2. Pupils name and sound words of yellow.
3. Spell the word.
4. Colour the picture: hot sun with yellow colour pencil.
Picture card
Word card
worksheet
10 minit
11.20 – 11.30
Aktiviti
Penamat
Berbaris, Doa, Ucap Selamat Pulang, Peneguhan, Pesanan, Nasihat & Bersalam.
Refleksi
Murid :
Guru :
RANCANGAN HARIAN
Tema : Warna Subtema : Warna Pelangi
Tarikh : 18 Januari 2012 Hari : Rabu
Masa
Komponen
Hasil
Pembelajaran
Aktiviti
Bahan
10 minit
8.00 – 8.10
Rutin
Berbaris, Ucap Selamat, Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri, Lagu Sekolah, Kehadiran, Doa-doa Harian, Cuaca, Kalendar, dan Peraturan.
PERBUALAN PAGI/
CIRCLE TIME
20 minit
8.10 – 8.30
B. Inggeris
4.1.1
4.1.2
1. Teacher introduce to the pupils about the colour of rainbow.
2. Pupils said aloud the name of rainbow colour.
3. Teacher and pupil talk about rainbow.
4. Ask and answer about rainbow.
powerpoint
P. FIZIKAL/ P.LUAR
20 minit
8.30 – 9.50
P. Fizikal
(Aktiviti Dalam Kelas)
1.2.1
1.2.2
1. Guru menerangkan tentang cara-cara untuk melakukan aktiviti iaitu
menggunting gambar (puzzle), menyapu gam dan menampalkan semula
sehingga menjadi gambar sebenar.
2. Pamerkan hasil kerja masing-masing.
lembaran kerja.
gam,
gunting
AKTIVITI KUMPULAN
60 minit
9.50 – 10.20
Kognitif
Sosio emosi
Kreativiti & Estetika
1.1.2
1.1.3
1.1.3
2.1.3
Pengelasan Objek
1.Murid mengumpul butang atau manik berlainan bentuk dan warna.
2.Murid mengumpul, bongkah, bola, guli atau manik berlainan warna dan saiz.
3.Murid mengumpul daun dan batu yang berlainan bentuk dan saiz.
4.Mewarna nombor.
Butang, manik, bongkah, bola kecil, batu, dan daun..
REHAT (30 minit)
9.50 – 10.20
KUDAPAN & MEMBERUS GIGI
AKTIVITI KELAS
30 minit
10.20 – 10.50
B. Malaysia
2.2.2
3.1.1
3.1.2
4.1.2
4.1.3
1.Guru menunjukkanhuruf a dan mengeja serta menyebut perkataan
berdasarkan gambar yang ditunjukkan iaitu auntuk api, ayah, ayam, adik.
2.Latihan menulis huruf a mengikut titik-titik dan mewarna gambar.
3. Menyanyi lagu abc.
Kad gambar
Buku latihan
AKTIVITI KELAS
30 minit
10.50 – 11.20
10 minit
11.20 – 11.30
Aktiviti
Penamat
Berbaris, Doa, Ucap Selamat Pulang, Peneguhan, Pesanan, Nasihat & Bersalam.
Refleksi
Murid :
Guru :
RANCANGAN HARIAN
Tema : Warna Subtema : Warna Objek di Persekitaran
Tarikh : 19 Januari 2012 Hari : Khamis
Masa
Komponen
Hasil
Pembelajaran
Aktiviti
Bahan
10 minit
8.00 – 8.10
Rutin
Berbaris, Ucap Selamat, Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri, Lagu Sekolah, Kehadiran, Doa-doa Harian, Cuaca, Kalendar, dan Peraturan.
PERBUALAN PAGI/
CIRCLE TIME
20 minit
8.10 – 8.30
B. Inggeris
4.1.1
4.1.2
1. Encourage pupils to the variety colour of objects in the environment.
e.g: red apple, yellow banana, green leaf, blue book, orange oranges, & purple hat.
2. Pupils colour the picture according to the objects.
powerpoint
Worksheet
20 minit
8.30 – 8.50
Kognitif
4.1.1
1. Membilang objek mengikut bilangan 1-6.
2. Latihan bertulis: mewarnai gambar belon yang mempunyai nombor dan bilangan
yang sepadan. ( gambar badut pegang belon).
Lembaran kerja
Benda maujud
60 minit
8.50 – 9.50
Pend. Islam
Diambil alih oleh ustazah Noorul Wahidah
REHAT (30 minit)
9.50 – 10.20
KUDAPAN & MEMBERUS GIGI
AKTIVITI KELAS
30 minit
10.20 – 10.50
B.Malaysia
2.2.2
3.1.1
4.1.2
4.1.3
1.Guru menunjukkan huruf a dan mengeja serta menyebut perkataan
berdasarkan gambar yang ditunjukkan iaitu auntuk api, ayah, ayam, adik.
2. Latihan menulis: mewarnai huruf a dan gambar.
3. Menyanyi lagu a bunyi hurufnya: a itu hurufnya,
itu bunyinya,
a, a, a, a, a, a, a, a.
Powerpoint
Lembaran kerja
AKTIVITI KELAS
30 minit
10.50 – 11.20
10 minit
11.20 – 11.30
Aktiviti
Penamat
Berbaris, Doa, Ucap Selamat Pulang, Peneguhan, Pesanan, Nasihat & Bersalam.
Refleksi
Murid :
Guru :

RANCANGAN HARIAN
Tema : Warna Subtema : Warna Objek di Persekitaran
Tarikh : 20 Januari 2012 Hari : Jumaat
Masa
Komponen
Hasil
Pembelajaran
Aktiviti
Bahan
10 minit
8.00 – 8.10
Rutin
Berbaris, Ucap Selamat, Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri, Lagu Sekolah, Kehadiran, Doa-doa Harian, Cuaca, Kalendar, dan Peraturan.
PERBUALAN PAGI/
CIRCLE TIME
20 minit
8.10 – 8.30
B.Inggeris
4.1.1
4.1.2
1. Pupil learn about colours and said the word loudly.
2. Spell the word of colour.
3. Write the words with the activities requiring hand-eye coordination (dot to dot
words)
Flash cards
worksheet
P. FIZIKAL/ P.LUAR
20 minit
8.30 – 8.50
P. Fizikal
(Aktiviti Luar Kelas)
2.1.2
1. Aktiviti memanaskan badan.
2. Melakukan aktiviti mengimbang dengan berdiri sebelah kaki.
3. Bermain bebas di taman permainan.
Wisel.
AKTIVITI KUMPULAN
60 minit
8.50 – 9.50
Kreativiti dan Estetika
1.1.3
2.1.6
1. Guru menunjukkan belon yang pelbagai warna dan murid diminta menyebut warna
belon tersebut.
2. Murid melakukan aktiviti dalam kumpulan dan diminta mengoyak kertas warna dan
menampalkannya padagambar belon mengikut warna yang disukai: Aktiviti
membuat kolaj.
3. Pamerkan hasil kerja
Lembaran kerja
Kertas warna
gam
REHAT (30 minit)
9.50 – 10.20
KUDAPAN & MEMBERUS GIGI
AKTIVITI KELAS
30 minit
10.20 – 10.50
Sosioemosi
1.1.3
1.2.1
2.1.1
1.Guru bercerita dan bersoal-jawab tentang pelangi. Berapakah warna pelangi? Apakah warna pelangi? Bagaimana bentuk pelangi? Bilakah dan bagaimanakah pelangi terjadi? Apakah hubungan antara pelangi dengan cahaya? Adakah anda tahu apa-apa cerita dongeng tentang pelangi?
2.Menyambung aktiviti mewarnai dan menulis perkataan warna.
powerpoint
Lembaran kerja
AKTIVITI KELAS
30 minit
10.50 – 11.20
B.Malaysia
2.2.2
3.1.1
4.1.2
4.1.3
1.Guru menunjukkan huruf e dan mengeja serta menyebut perkataan
berdasarkan gambar yang ditunjukkan iaitu untuk emas, enam, epal, ekor.
2. Latihan menulis: mewarnai huruf e dan gambar.
3. Menyanyi lagu e bunyi hurufnya.
Kad gambar
Buku latihan
10 minit
11.20 – 11.30
Aktiviti
Penamat
Berbaris, Doa, Ucap Selamat Pulang, Peneguhan, Pesanan, Nasihat & Bersalam.
Refleksi
Murid :
Guru :


                           

4 ulasan:

  1. aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas

    BalasPadam
  2. beginilah setiap minggu contoh rancangan mengajar guru prasekolah mengikut tema mingguan.

    BalasPadam
  3. minggu last2 xdok ke..mcam alam bahan ke

    BalasPadam